DAP mula tunjuk taring

KUALA LUMPUR– Semakin lama semakin jelas wajah sebenar DAP hanya dalam tempoh baru dua tahun memerintah negara.

Dengan hanya 40 kerusi, jumlah yang menguasai Kerajaan Madani, DAP membentuk kerajaan dengan parti-parti yang tewas tetapi mendapat mandat di beberapa buah kawasan.

Dengan jumlah yang sedikit dan dengan tempoh yang singkat, wajah DAP mengangkat anasir kristianisasi semakin jelas dan membimbangkan.

Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, DAP semakin menunjukkan taring sebenar ketika Perdana Menteri banyak berdiam dalam diri dalam isu-isu ditimbulkan oleh parti cauvinis itu.

Menurutnya, penganjuran majlis Krismas yang diadakan di Pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak sepatutnya berlaku di atas sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara.

“Walaupun Malaysia bebas mengamal agama rasmi, tetapi janganlah kamu ( Nga Kor Ming) cuba mengheret umat Islam untuk bersama-sama menyambut perayaan agama kamu.

“Normalisasi yang cuba diwujudkan pemimpin DAP ini sangat bahaya kepada akidah umat Islam. Malah, tidak pernah dalam sejarah seingat saya, majlis Krismas dianjurkan secara terbuka dengan penganjurannya dilakukan oleh kerajaan. Tapi kali ini sudah berlaku,”katanya.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming bangkit membidas dan melenting kepada PAS dengan melebelkan Pas sebagai sesat dan menyebarkan ajaran sesat termasuk pelbagai tohmahan lain.

Kor Ming selalu peneraju utama kepimpinan DAP dan KPKT seperti tidak dapat menerima teguran dan kemusykilan ditimbulkan oleh Timbalan Dewan Ketua Pemuda Pas Pusat, Hanif Jamaluddin berhubung kehadiran orang Islam dalam majlis Krismas anjuran KPKT.

Di Video Tiktok ngakormingofficial, jelas menunjukkan pembabitan kakitangan beragama Islam dalam majlis Krismas berkenaan.

Mustaffa berkata, tindakan Nga Kor Ming mengheret umat Islam dalam sambutan Krismas boleh disifatkan sebagai satu bentuk pelanggaran kepada undang-undang Islam.

“Umat Islam tertakluk kepada undang-undang yang telah digariskan menurut Al-Quran dan hadis.

“Malah negara ini mempunyai Fatwa Kebangsaan 2005 yang melarang umat Islam merayakan perayaan agama lain.

“Apa dilakukan Kor Ming adalah satu pelanggaran dan hilangnya rasa hormat kepada umat Islam di Malaysia. Justeru, PAMM menuntut beliau dikenakan hukuman segera,”katanya.

Beliau berkata, tindakan Kor Ming selaku Menteri KPKT menganjurkan program Kristian anjuran kementerian sudah melampau dan sudah berani.

Menurutnya, majlis Krismas anjuran KPKT wajib disiasat mengikut 3R dan dikenakan hukuman.

“Kerajaan jangan diam. Jangan bangkitkan kemarahan rakyat. Kamu sebagai pemimpin kerajaan jangan cuba wujudkan ketidakharmonian kaum.

“Perdana Menteri, tolong tengok apa dilakukan menteri anda. Tolong ambil maklum dan tindakan,”katanya.

Menurutnya, Kor Ming supaya sedar diri dan tidak celupar dan jangan sesekali berani bertindak membelakangi keharmonian umat Islam.

“Selepas merdeka, kaum Melayu, Cina dan India dapat hidup aman makmur dengan peranan dan sumbangan masing-masing kepada negara.

“Tetapi setelah baru dua tahun DAP memerintah, mereka telah mula menimbulkan ancaman-ancaman kristianisasi secara terang dan jelas dan bukan lagi bersembunyi,”katanya.

Sementara itu, mengulas isu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Duta Tuhan’, Mustaffa menuntut menteri itu dipecat bersama Kor Ming.

“Beliau masih tidak segan silu apabila memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

“Ini seorang lagi pemimpin yang buta perut dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin. Bagaimana seorang Duta Tuhan boleh kalah dalam kes di mahkamah?

“Sikap DAP yang memainkan sentimen 3R (Race, Religion dan Royalty) sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan dan hukuman. Tetapi apa Perdana Menteri buat? Hanya duduk dan tengok?

“Jikalau yang sentuh 3R itu orang Melayu atau pemimpin Melayu cepat saja tindakan dan siasatan diambil. Tetapi apabila Menteri DAP yang sebut, kerajaan jadi ‘kecut telur’,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.