Trump dan isteri dijangkiti COVID-19, masih rasa sihat

KUALA LUMPUR-Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (gambar) dan isterinya, Melania sah dijangkiti COVID-19.

Media antarabangsa hari ini melaporkan, ujian saringan mengesahkan mereka positif.

Memetik China Xinhua news, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya merupakan kontak rapat kepada salah seorang pembantu yang positif.

Trump bagaimanapun dilaporkan masih sihat dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa semasa dikurantin.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.