Bukit AA coret kisah cinta anak buat arwah ibu, ayah..

BALING –Keindahan di puncak Bukit AA di Kampung Charok Bakong di sini memukau siapa sahaja yang menawan puncaknya.

Di sebalik keindahan pemandangan dari atas puncak, bukit ini melambangkan kisah cinta seorang anak kepada kedua ibu-bapanya yang telah meninggal dunia.

Pemilik dusun durian, Mohd Zaid Ab Mokti, 31, berkata, gelaran AA diambil sempena nama ibu-bapanya iaitu Abd Mokti dan Asiah.

Menurutnya, dia dan tujuh lagi adik-beradik dibesarkan ibu-bapa mereka dengan hasil hutan di bukit berkenaan.

“Arwah mak dan ayah saya membesarkan kami lapan beradik dengan hasil pokok getah yang ditanam di kawasan ini.

“Mereka juga menanam pokok durian yang hasilnya dapat dinikmati hingga sekarang,”katanya.

Katanya, dari atas puncak bukit berkenaan, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan semulajadi banjaran Gunung Pulai dan Bukit Baling.

Mohd Zaid berkata, pada musim durian berbuah, pengunjung boleh ke puncak bukit itu melalui perkhidmatan kenderaan yang disediakan.

Mereka berminat boleh menghubungi Mohd Zaid di talian 010-3178047

Rentas7.com

Keterangan: Mohd Zaid dua kanan membawa pengunjung mendaki Bukit AA

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.