Cari jalan keluar PdPR

Datuk Mustaffa Idrus

ALOR SETAR– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menggesa mana-mana institusi pengajian mahupun sekolah membebani para pelajar dengan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdPR).

Pengerusi PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ia ekoran dua kes kematian dua pelajar sebuah universiti Cawangan Pahang dan Kedah yang dilaporkan akibat tekanan belajar dalam talian.

“PUTRA memandang serius isu ini.Tekanan belajar secara ‘online’ akan terus berlalu apabila universiti dan sekolah terus ditutup.

“Kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian, pembelajaran dan pengajian dalam talian bukan jalan solusi yang tuntas,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelajar tertekan bukan sahaja disebabkan capaian internet yang lemah, bahkan menjadi kesukaran kepada mereka untuk memahami satu-satu subjek.

“Belajar secara bersemuka dan online jauh bezanya. Menjadi kesukaran kepada pelajar untuk bertanyakan secara terus. Apa lagi untuk mereka memahami subjek yang bermain dengan formula jika penerangan dibuat secara maya.

“PUTRA menyeru pihak kerajaan, NGO, serta badan-badan bertauliah supaya menggemblengkan tenaga dan buah fikiran bagi mencari jalan keluar daripada masalah ini,”katanya.

Berita Harian melaporkan, dua pelajar UITM Cawangan Pahang dan Cawangan Kedah meninggal dunia dipercayai akibat tekanan belajar secara dalam talian.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.