Dua pemuda Patani gugur syahid

NARATHIWAT – Dua pejuang Patani syahid dalam pertempuran menentang ratusan tentera Thailand di kawasan Sawo Hilir di sini, hari ini.

Dua pemuda itu dikenali sebagai Adam Abdullah dan Zulkifli Ismael, 38,. (Gambar)

Pada pertempuran itu, kedua-duanya dikepung dalam sebuah rumah pada jam 10 pagi waktu tempatan sejak semalam.

Kepungan berakhir pada jam 12.30 malam tadi selepas kedua-dua lelaki berkenaan maut ditembak.

Tentera Thailand bertindak mengawal beberapa laluan kampung bagi memastikan dua pemuda itu tidak lolos.

Jenazah kedua-dua syahid telah dituntut keluarga dari sebuah hospital kerajaan.

Sebelum itu tentera Thailand turut menghalang penduduk untuk menuntut jenazah dua pemuda itu.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.