PN Baling catat kemenangan awal

Hampir 3,000 penyokong PAS dan Bersatu datang memberikan sokongan

BALING -Perikatan Nasional (PN) Baling mencatat kemenangan moral menjelang PRU-15 apabila mencatat kehadiran hampir 3000 penyokong pada hari penamaan calon PRU-15 di Stadium Mini Baling, hari ini.

Para penyokong PAS berkumpul pada jam 7 pagi di pekarangan KFC sebelum berarak masuk ke stadium pada jam 8.30 pagi.

Penceramah Ustaz Zamri Teh (kiri) bergambar bersama Ustaz Zelani Nik Chik di Stadium Mini Baling 

Calon parti itu, Hassan Saad memasuki Dewan Tun Abdul Razak kita bersama beberapa pengiring bagi proses penamaan calon pada jam 9 pagi.

Stadium Baling padat dengan kehadiran penyokong PAS dan Bersatu

Berbanding penyokong lawan, kehadiran penyokong UMNO-BN tidak seramai PRU-14.

Ia seperti menggambarkan nasib tidak baik UMNO -BN bagi PRU-15 ketika calon mereka dihimpit dengan pertuduhan kes rasuah di mahkamah.

Antara penyokong PAS yang hadir

Dijangkakan hanya 500 penyokong mereka yang hadir bagi memberikan sokongan kepada calon UMNO-BN Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria tiga dari kanan turut hadir menyatakan sokongan

Penyokong Pakatan Harapan pula mencatat kehadiran kurang daripada 100 orang manakala penyokong calon Pejuang tidak dapat dikesan.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.