Haramkan buku gay di Malaysia! Selamatkan negara!

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menuntut campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perintah larangan ke atas buku “Gay is Okay’ A Christian Perspective.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, buku berkenaan tidak wajar sama sekali berada dalam negara ini walaupun ia ditulis mengikut sudut pandang Kristian.

“Menggunakan alasan perbezaan agama untuk benarkan amalan gay diterima di negara ini satu perkara yang bertentangan dengan normalisasi manusia.

“PAMM mendesak KDN campur tangan menggunakan prinsip undang-undang yang ada dalam memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat,”katanya.

Katanya, prinsip berdaulat tidak sekadar mempertahankan negara dari serangan musuh, tetapi turut melindungi negara daripada segala bentuk ancaman yang merosakkan akidah.

“Malaysia bukan negara liberal. Sebarang bentuk usaha untuk menyebarkan dakyah yang bertentangan dengan Islam di negara ini akan kami umat Islam tentang.

“Jika mahu amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diterima, langkah mayat kami dahulu,”katanya.

Tambahnya, buku tersebut jika tidak diharamkan semula akan menjadi bahan bacaan bebas dan menimbulkan kecelaruan bagi mereka yang tidak mempunyai asas agama yang baik.

Mustaffa berkata, mana-mana pihak dinasihati tidak cuba meliberalkan Malaysia menggunakan apa jua alasan ilmiah atau akademik, kerana semua itu akan mencetuskan suasana tegang.

Penerbit dan penulis buku Gay is Okay! A Christian Perspective telah membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri yang mengharamkan buku itu sejak dua tahu lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badarudin membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh penulis dan penerbig buku terbabit, Ngeo Boon Lin dan Chong Ton Sin.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.