JDT beri amaran awal

JDT meledak tiga gol dalam perlawanan malam ini

JOHOR BAHRU-JDT memberikan amaran awal kepada semua pencabar Liga Super dan Piala Malaysia musim ini setelah mengatasi Juara Piala Malaysia 2021 KL City FC 3-0 dalam Piala Sumbangsih 2022 di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Lebih manis kejuaraan itu hadir menerusi jaringan dua pemain tempatan iaitu Nazmi Faiz minit ke-26 dan Afiq Fazail minit ke-84.

Gol kedua JDT disumbankan Fernando Forestieri minit ke-31.

RENTAS7/FOTO: JDT

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.