Perkeba wakaf 150 al-Quran

Jhangir Khan mewakili Perkeba (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah

 

Laporan: Mohd Nazry Bidin

BALING -Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling, Kedah (PERKEBA)menyerahkan sebanyak 150 Naskah Al-Quran kepada sebahagian surau-surau sekolah di daerah Baling, Kedah, hari ini.

Menurut Yang Dipertua PERKEBA, Jhangir Khan Hj Kathem Khan berkata, Al-Quran yang disumbangkan kepada surau-surau sekolah kebanyakan Al-Quran yang diwakafkan dari kalangan guru-guru yang beragama islam di daerah Baling, Kedah.

“Program Wakaf Al-Quran ini telah diperkenalkan bermula awal penubuhan PERKEBA sehingga sekarang. Pihak Perkeba banyak membantu dan memberi sumbangan Al-Quran ini kepada Pusat-pusat Tahfiz, Pondok, Kelas Bimbingan Al-Quran dan surau-surau sebelum ini.

“Insha Allah PERKEBA akan teruskan program amal jariah ini selagi mendapat sambutan dari umat islam di Negeri Kedah. Setiap aktiviti dan program Perkeba akan di muat naik dalam facebook PERKEBA BALING dan tuan puan boleh melihat sendiri dengan melayari facebook PERKEBA BALING” katanya.

Menurutnya lagi, PERKEBA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih keatas pewakaf-pewakaf yang telah menjayakan program ini.

Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Baling, Kedah (Bahagian Pembangunan Murid), Mohd Termizi Husim berkata beliau amat menghargai Program Wakaf Al-Quran yang dilaksanakan oleh PERKEBA dan mengucapkan terima kasih kepada pihak PERKEBA kerana sudi membantu sebahagian surau-surau sekolah di daerah ini.

“Semoga kerjasama ini akan berterusan di masa hadapan,” katanya.

Turut bersama dalam penyerahan Al-Quran ini ialah Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Baling, (Bahagian Pembangunan Murid) Mohd Termizi Husim dan Pengasas merangkap Setiausaha Kehormat PERKEBA, Mohd Nazry Md Bidin.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.