Hapus pihak tengah, harga barang pasti turun

Datuk Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR-Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) berpandangan wujudnya pihak tengah yang mengawal harga dan bekalan barang run it setiap kali tibanya musim perayaan.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, isu sama setiap kali tibanya musim perayaan sepatutnya tidak berlaku.

“Dari Zaman BN, PH hinggalah PN, isu ini tetap berlarutan. Jika mahu dikatakan bekalan kurang hingga berlakunya kenaikan bagi PAMM tidak logik sebab isu ini berulang dan terus berulang.

“Mustahil pihak kerajaan tidak dapat atasi sedangkan yang jawat jawatan menteri pun kebanyakan muka yang sama. PAMM berpandangan isu ini disebabkan permainan orang tengah,”katanya.

Mustaffa berkata, pihak tengah yang memonopoli harga sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan dan hukuman.

“Jika pihak berkuasa asyik pantau harga tapi harga barang dan bekalan dikawal Tak boleh selesaikan isu ini.

“Buktinya telah pun ada dan sedang dirasai oleh rakyat. Sampai bila kita nak terus begini?,”katanya.

Sehubungan itu Mustaffa berkata, PAMM mencadangkan supaya kerajaan mengangkat penternak Bumiputera yang sebenarnya dapat tampung masalah bekalan dan kenaikan harga barang.

“Sebenarnya kita mempunyai ramai penternak Bumiputera. Jika bekalan mereka diutamakan hal kekurangan bekalan dan permainan harga tidak akan terjadi.

“Masalahnya, kita lihat tiadanya satu konsensus untuk mengutamakan bekalan Bumiputera,”katanya.

Sempena Tahun Baru Cina, ramai termasuk peniaga kecil mengeluh kerana sukar mendapatkan bekalan telur ayam pelbagai gred, minyak masak serta kenaikan harga ayam.

Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaacob bagaimanapun memberikan jaminan bahawa harga maksimum ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling ditetapkan iaitu daripada RM9.10 kepada RM8.90 manakala harga telur ayam semua gred kekal seperti ditetapkan Kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

Dua harga baru itu berkuatkuasa 5 Februari hingga 5 Jun 2022.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.