Bayi “tanggalkan” pelitup muka, doktor anggap petanda COVID-19 hampir tamat

Foto yang dimuat naik di Instagram Doktor Samer

KUALA LUMPUR– Foto bayi baru lahir menarik pelitup muka seorang doktor menjadi momen indah buat Doktor Samer Cheaib, Emiriah Arab Bersatu.

Menurut Doktor Samer, momen itu berlaku ketika beliau sedang menggendong bayi tersebut di sebuah klinik di Dubai.

Liputan6 memetik Gulf News pada semalam melaporkan ia adalah bayi kembar yang dilahirkan beberapa minggu lalu.

Kata doktor itu, ayah kepada bayi berkenaan juga teruja dengan foto tersebut.

Doktor Samer juga berharap, tindakan spontan bayi berkenaan “menanggalkan” pelitup mukanya sebagai petanda COVID-19 hampir tamat.

“Semua orang mahu segera membuang pelitup muka dan siapa tahu itu benar-benar terjadi,”katanya.

Foto yang dimuat naik di Instagram doktor berkenaan menjadi perhatian warga netizen.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.