Guru agama Narathiwat pulang solat maut dibedil

Lokasi Ustaz Abdul Roning ditembak

 

Laporan: Isman Patani

PATANI– Solat Jumaat seorang guru agama menjadi solat terakhir apabila mangsa syahid akibat dibedil ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Mangsa, Ustaz Abdul Ghani Abdul Majid berusia 60 tahun yang berasal dari Wilayah Reman Wilayah Yala ditembak ketika menunggang motosikal pada 18 April lalu.

Kejadian jam 1.18 petang itu berlaku di Mukim Pasir Mas Sungai Golok Wilayah Narathiwat.

Penyerang yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah mangsa di lokasi kejadian.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di sebuah hospital.

Ustaz Abdul Ghani atau dikenali sebagai Ustaz Roning oleh warga tempatan sangat dihargai penduduk kerana banyak berjasa khususnya dalam mendidik anak-anak dan masyarakat celik agama.

Ratusan penduduk keluar mengiringi jenazah Ustaz Roning ke tanah perkuburan dengan laungan ‘Allahuakhbar’ sebagai tanda penghormatan besar yang terakhir.

Penduduk yakin, serangan itu didalangi pihak yang tidak senang duduk dengan kebangkitan Islam.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.