Dua pemain skuad kebangsaan disahkan positif COVID-19

Malaysia akan turun tanpa Faisal Halim dan Khairulazhan Khalid

KUALA LUMPUR– Persiapan skuad kebangsaan mengharungi Piala AFF Suzuki 2020 Kumpulan B menentang Kemboja esok tempang selepas kehilangan dua pemain akibat positif COVID-19.

Faisal beraksi di bahagian sayap manakala Khairulazhan di posisi penjaga gol.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, dua pemain itu adalah iaitu Faisal Halim dan Khairulazhan Khalid.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa dua pemain skuad Harimau Malaya ke Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura telah disahkan positif COVID-19 selepas keputusan ujian PCR yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jumaat lalu diperolehi.

“Dua pemain berkenaan – Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim kini diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga ke 10 hari oleh pihak berkuasa di Singapura ini yang mana tahap kesihatan mereka akan dipantau secara harian memandangkan mereka tidak bergejala,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, jka ujian selanjutnya itu mendapati pemain tersebut telah bertukar status kepada negatif COVID-19, maka mereka akan dibenarkan untuk kembali menyertai aktiviti bersama pasukan dengan serta-merta dan juga dapat beraksi pada baki kejohanan ini.

“Biarpun tanpa dua pemain ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tetap akan meneruskan perlawanan pertama Kumpulan B berdepan Kemboja di Stadium Bishan, petang esok dengan baki pemain lain yang ada selepas kesemua mereka diuji negatif pada ujian susulan yang telah pun dilakukan,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.