Sanggup tunggu jasad syuhada hampir 24 jam

Penduduk kampung dan aktivitis menunggu jasad syuhada dipulangkan tentera di lokasi pertempuran

PATANI-Ratusan penduduk sanggup menunggu hampir 24 jam untuk kebumikan jenazah anggota kumpulan kemerdekaan Patani.

Jenazah Ismail Matnuh, 59, ditunggu penduduk kampung sejak jam 9 malam tadi.

Mangsa dilaporkan maut dalam siri pertempuran dengan kumpulan tentera kerajaan.

Syuhada itu maut di kawasan Air Yeng Mukim Sisakon Daerah Sisakon di Wilayah Narathiwat selepas berlaku pertempuran antara kumpulan kemerdekaan Patani dengan tentera pada jam 5 petang semalam.

Media tempatan melaporkan, jenazahnya sebelum itu tidak dapat diambil kerana belum mempunyai kebenaran pihak tentera.

Beberapa aktivis Patani turut hadir bersama ratusan penduduk bagi memberi tekanan kepada pihak tentera memulangkan jenazah syuhada.

Jenazah mangsa akhirnya dipulangkan selepas 19 jam penantian.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.