Dia nak sebar COVID-19 pula dah..

Hantaran dibuat individu berkenaan

KUALA LUMPUR-Sama ada bergurau atau serius, posting seorang pengguna Facebook untuk menyebarkan virus COVID-19 mengundang rasa takut warganet.

Menggunakan akaun Facebook, Princes Hanna, indvidu berkenaan membuat hantaran di sebuah kumpulan Facebook vateran pasukan keselamatan dengan ancaman sebarkan COVID-19 dari Kodiang ke Kuala Lumpur

“Jom Kodiang kami nak P KL (pi Kuala Lumpur), sambil bawa Virus Sivagangga sedekah kat orang KL,” katanya yang membuat hantaran di kumpulan berkenaan.

Tindakan Individu itu mengundang kecaman pengguna Facebook lain.

Pengguna Facebook, Zainudin Bin Jalil Din di ruangan komen menyifatkan individu berkenaan berhati hitam dan memintanya memikirkan nasib orang lain.

Asri Sarib menulis; jangan jadi bodoh, nanti duduk dalam (penjara),”.

Rohani Mohammad pula berkata, perkara sebegini tidak boleh dibuat gurauan dan meminta pemilik akaun itu beristiqfar.

“Bukan bahan gurauan dik. MashaAllah
jom kita doa sama-sama. Semoga¬†Allah mndengar rayuan kita,”tulisnya.

Komen balas daripada pengguna Facebook yang lain

Fadlin Harun Sally pula berkata individu terbabit sengaja mencari fasal.

“Dia nak cari penyakit untuk diri dia dan keluarga,”katanya.

Sementara itu, tinjauan di akaun Facebook individu berkenaan mendapati pemilik akaun itu ada memuat naik gambar memakai gelang merah jambu.

Gambar yang didapati dimuat naik pemilik akaun itu di Facebooknya

Namun tidak dapat disahkan Identiti sebenar pemakai gelang tersebut.

Gelang merah jambu dipakaikan kepada mereka yang pulang dari luar negara dan perlu dikuarantin.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.