Tragedi Beirut, Malaysia sumbang RM1 juta kepada Lubnan

Kemusnahan Pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu

KUALA LUMPUR– Malaysia menyumbangkan RM1  juta kepada Lubnan sebagai tanda setiakawan di atas tragedi letupan yang menyebabkan kemusnahan besar pada 4 Ogos lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, Kerajaan dan rakyat Malaysia  berdiri teguh, berkongsi kesedihan dan penderitaan dengan rakyat Lubnan serta mendoakan mereka yang tercedera supaya cepat sembuh.

“Dalam semangat persaudaraan yang akrab bersama Lubnan, kerajaan memutuskan untuk menyumbang bantuan kemanusia sebanyak RM1 juta menerusi Pertubuhan Palang Merah Lubnan (LRC)

“Kerajaan dan rakyat Malaysia menghulurkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Malaysia yakin dan percaya rakyat Lubnan mampu mengatasi impak tragedi dan meneruskan kehidupan dengan kekuatan semangat dan perpaduan berterusan.

Tragedi berkenaan meragut lebih 30 nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 5,000 orang.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.