Seorang askar Thailand korban, lapan cedera

Sembilan mangsa keseluruhan terlibat dalam serangan tersebut

NARATHIWAT – Seorang askar Thailand maut manakala lapan lagi termasuk anggota pemusnah bom cedera selepas bom buatan sendiri meletup dalam satu kejadian di Sungai Padi siang tadi.

Lima daripada mangsa adalah anggota pasukan pemusnah bom manakala yang maut merupakan anggota askar hitam dalam kejadian pada jam 7.40 pagi itu.

Pasukan tentera dilaporkan pergi ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat sebutir bom meletup.

Letupan bom pertama terkena orang awam, namun tidak dapat dipastikan jumlah tercedera.

Belum ada sebarang pihak tampil mengaku bertanggungjawab di atas serangan berkenaan.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.