Tak ada arahan wajibkan pakai sarung tangan

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR– Tiada arahan mewajibkan rakyat Malaysia memakai sarung tangan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian bagi mengulas video tular berkaitan isu saman individu tidak memakai sarung tangan.

Video itu tular di media sosial sejak semalam.

Ismail berkata, hasil semakan dengan pihak polis mendapati memakai sarung tangan tidak diwajibkan dan tidak ada dalam prosedur operasi standard (SOP).

“Jadi ini sebenarnya terdapat kekeliruan pihak yang mengeluarkan saman dengan arahan pihak polis,” katanya dalam satu sidang media petang ini.

Justeru, beliau berterima kasih kepada pihak yang menularkan video berkenaan kerana ia menunjukkan kerjasama di antara rakyat dan kerajaan amat penting.

“Ia boleh membantu kita melaksanakan tugas kita dan menjaga kepentingan rakyat, yang kita tidak mahu video-video yang tidak bertanggungjawab dan palsu,”katanya.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.