Ibu tua meninggal dunia, siapakah warisnya?

Maklumat wanita berkenaan

KUALA LUMPUR-Seorang wanita warga emas meninggal dunia tanpa ahli keluarga di sisi hari ini.

Berikutan itu, seorang pengguna Facebook yang memperkenalkan diri sebagai Ros Linda dari Negeri Sembilan sedang mengesan waris wanita itu.

Ros berkata, wanita terbabit meninggal dunia di sebuah pondok warga emas di kampungnya.

Katanya, ketika hayatnya, wanita itu ada memaklumkan dia berasal dari Kedah.

“Mak cik ni tinggal di pondok orang-orang tua di kampung saya. Tapi hari ni mak cik dah meninggal dunia.

“Sebelum arwah meninggal dia ada kasi tahu yang dia asal dari kedah. Mak cik ni ingatan tak berapa nak ingat lagi. Jika ada saudara saudari yang kenal tolong pm (private mesej) saya,”katanya dalam hantarannya di kumpulan Facebook KEDAH DIHATIKU malam ini.

Ros berkata, pihak hospital sedang mencari pewaris untuk urusan pengebumian jenazah tersebut.

Hantaran maklumat oleh Ros Linda di Facebook

“Kerjasama anda sangat-sangat saya harga ini. Tolong viral dlm group-group atau kenalan saudara-saudari semua.

“Hari ni kita mudahkn urusan hambaNYA yang lain, Insya ALLAH pasti ALLAH permudahkan urusan kita suatu hari nanti,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.