Di bawah Sanusi, rakyat rasai limpahan ekonomi

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) percaya lebih ramai rakyat Kedah memiliki pekerjaan di bawah pimpinan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Sanusi walaupun masih baru menjawat jawatan Menteri Besar, namun tidak menunggu lama untuk mencetuskan perubahan di Kedah.

“Pada 28 Mei lalu, beliau segera mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim bagi membawa masuk pelabur ke negeri ini.

“Kita difahamkan, banyak pelabur berminat untuk menerokai peluang ekonomi di Kedah dan mereka lebih yakin dibawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN),”katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, jika berada di landasan betul, limpahan ekonomi akan dirasai seluruh rakyat Kedah dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda.

“PAMM mengucapkan syabas kepada kepimpinan Muhammad Sanusi yang prihatin dengan teras utama masalah rakyat.

“Beliau tidak menggunakan jawatannya untuk berpolitik, PAMM berharap Sanusi mengekalkan momentum ini sehinggalah Pilihan Raya Umum (PRU15),”katanya.

Dalam pada itu Mustafa turut memuji langkah kerajaan negeri yang memudahkan rakyat mengisi borang bantuan bagi mereka yang terjejas pandemik COVID-19.

“Rakyat hanya perlu mengisi borang disediakan tanpa karenah birokarasi lain, permohon tidak perlu bersusah payah menyediakan salinan dokumen berkaitan seperti mana amalan kerajaan terdahulu.

“Ini satu langkah terpuji. Kita juga dapati ada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) yang menyediakan perkhidmatan percuma bagi menghantar dan mengambil borang kepada rakyat. Tahniah!,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.