Gulai daging pembuka selera Surau Kebor Tok Bilal

KUALA TERENGGANU– Gulai daging, sambal belacan dan acar menjadi pembuka selera berbuka puasa Surau Kampung Kebor Tok Bilal hari ini. (gambar)

Majlis berbuka puasa kali kedua dalam Ramadan tahun ini bukan sahaja menghimpunkan penduduk Kampung Kebor Tok Bilal.

Tetapi turut melibatkan penduduk beberapa buah kampung berhampiran.

Sejak jam 10 pagi penduduk Kampung Kebor Tok Bilal sudah bergotong royong untuk menyediakan menu berbuka malam ini.

Teh ais bagi minuman berbuka ditaja oleh seorang usahawan di sini.

Salah seorang jemaah dikenali sebagai Ahmad, 29, berkata, majlis yang diadakan itu bagi mengeratkan ikatan silaturrahim di antara penduduk selepas dua tahun tidak dapat mengadakannya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa masakan surau setelah dua tahun tidak dapat berkumpul begini,” katanya.

Sementara menunggu masuk waktu berbuka, penduduk mengadakan bacaan tahlil dan doa selamat.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.