NARATHIWAT -Ledakan bertalu-talu dari muncung senjata api memecah kesibukan jalan raya di kawasan perbandaran Tanjong Mas, Daerah Ra-ngae, Wilayah Narathiwat, petang semalam apabila sekumpulan penyerang melancarkan serangan terbuka ke atas sebuah pos pemeriksaan keselamatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang waktu tempatan semalam (22 Julai 2026) Pos Pemeriksaan Perbandaran Bukit Sami yang berada di bawah kawasan operasi Kompeni Renjer 4509 diserang dengan tembakan bertalu-talu, mengorbankan lima anggota Renjer Siam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Habib Hina terkena kecelakaan dalam insiden itu . Mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lapor media tempatan.
Mangsa yang terkorban ialah Sarjan Mejar Thirayut Somakerd, Anggota Renjer Sakiriya Jehna, Anggota Renjer Wimon Dabthong, Anggota Renjer Natthasit Kaewsena dan Anggota Renjer Solahuding Pi.
Kumpulan penyerang yang menaiki sebuah kenderaan pikap melepaskan tembakan ke arah pos pemeriksaan sebelum melemparkan bom buatan sendiri (IED) ke lokasi berkenaan dengan aksi nekad itu dirakam CCTV.
Mereka kemudian melarikan diri sejurus selepas serangan.
Pihak berkuasa Thailand sedang menjalankan siasatan dan mengenal pasti dalang dan motif di sebalik serangan tersebut.
RENTAS7








Leave a Reply