CCTV di Narathiwat di bakar, pihak berkuasa giatkan pemburuan

Rakaman yang menunjukkan kumpulan berkenaan di lokasi sebelum kejadian

NARATHIWAT– Pihak berkuasa Thailand sedang memburu sekumpulan individu yang disyaki membakar sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di Daerah Cho Airong, Wilayah Narathiwat, dalam kejadian yang berlaku lewat malam 18 Julai.

Menurut polis, laporan mengenai insiden itu diterima daripada ketua Kampung Mukim 7 selepas kamera CCTV di persimpangan tiga Kampung Lubo Yoe dibakar oleh individu yang tidak dikenali.

Pasukan keselamatan dan pegawai penyiasat kemudian dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan, mengumpul bukti serta menilai keadaan di tempat kejadian.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum mendedahkan jumlah suspek mahupun motif kejadian.

Siasatan sedang diteruskan, sementara operasi mengesan mereka yang terlibat dipergiat bagi membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.