SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) menuntut kerajaan menarik balik kebenaran yang membolehkan perkhidmatan gunting rambut dan kedai dobi beroperasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, PAMM hairan bagaimana kerajaan dengan mudah membenarkan sektor yang tidak penting dibuka ketika PKP hampir memasuki fasa ketiga. "Adakah tiada perbincangan mendalam sebelum membuat keputusan ini? Di ...

KUALA LUMPUR-Disiplin rakyat dan majikan lebih utama berbanding isu kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ramai tidak bersetuju tentang langkah kerajaan untuk membenarkan kedai gunting termasuk kedai elektronik, dobi dan kedai cermin mata untuk dibuka. Sambil berseloroh, Najib berkata dia juga setuju sekiranya kedai gunting rambut ditangguh ...

KUALA-LUMPUR- Luluh hati anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila digelar sebagai anjing oleh manusia yang sombong. Luahan itu dikongsi salah seorang petugas KKM Sakinah Sulong (gambar) di Facebooknya, hari ini Menurut Sakinah, pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk COVID-19, adakalanya menjentik hatinya. "Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. ...

KUALA LUMPUR- Tiada sebarang arahan membenarkan solat Jumaat dalam tempoh COVID-19 seperti mana kenyataan yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab. Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak pernah mengeluarkan kenyataan "COVID-19: Solat Jumaat tetap diteruskan" dengan tarikh 8 April 2020. (gambar). "Kenyataan sebenar adalah pada 12 Mac 2020. Sinar Harian ...

TEMERLOH- Kekurangan pada anggota badan bukanlah penghalang untuk seseorang berdikari mencari rezeki. Perkara itu dibuktikan seorang "runner" sepenuh masa yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) bernama Hafiz. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hafiz antara individu yang berkhidmat memudahkan urusan masyarakat terutamanya dalam mendapatkan bahan makanan. Menurut Hafiz, dia termasuk dalam kategori OKU kerana salah satu anggota tangannya kudung. "Asalamualaikum ...

LANGKAWI- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot hanyut yang membawa seramai 202 etnik Rohingya, hari ini. Kumpulan migran itu ditahan di posisi 1.2 batu nautika barat daya Pantai Peranginan Resort Ritz-Carlton, Langkawi kira-kira jam 8.45 pagi. Timbalan Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, mereka terdiri daripada 152 lelaki, 45 wanita, 4 ...

KUALA PERLIS- Umum tahu kerajaan bertukar pucuk pimpinan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN). Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima sokongan 114 Ahli Parlimen akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari lalu. Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara ilmuan yang menerima baik pembentukan kerajaan baharu. Bagaimanapun bagi penyokong dan pimpinan ...

LANGKAWI-Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memantau perairan negara dari dicerobohi kapal layar asing terutamanya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, pihaknya telah memeriksa lebih kurang 10 buah kapal layar asing di perairan Langkawi, semalam. Menurutnya, kesemua kapal berkenaan berada di perairan negara ini sebelum arahan ...

KUALA LUMPUR-Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menggunakan pengalamannya membantu kerajaaan. Perkara itu disuarakan beliau setelah dilantik sebagai Duta Khas kepada Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri hari ini. "Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Insya-Allah saya akan memanfaatkan sedikit pengalaman untuk membantu Kerajaan ...

PELABUHAN KLANG- Seorang nelayan yang tidak pulang ke rumah sejak semalam ditemui terapung di kedudukan 2.6 batu nautika utara Pulau Ketam, hari ini. Lelaki berkenaan dilaporkan keluar menjaring ikan di perairan Sementa, Kapar, Selangor lebih kurang jam 5.00 petang semalam. Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mengesan nelayan tersebut. Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Rosli Kassim ...