KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang meninjau amalan penjarakan sosial orang ramai di sebuah pasar raya, hari ini. Hasil tinjauan, Tan Sri Muhyiddin berkata, semakin ramai yang peka mengenai keperluan penjarakan sosial. "Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. "Alhamdulillah, ramai sudah ...
ALOR SETAR-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) herharap kerajaan menguar-uarkan secara meluas kaedah memohon bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan ada pihak tertentu mengambil kesempatan kepada rakyat. "Masih ramai yang belum tahu kaedah memohon bantuan diumumkan terutamanya golongan warga emas. "Bagi mengelakkan pihak seperti "scammer" mengambil kesempatan, ...
BAGAN SERAI- Seramai 13 jemaah di sebuah masjid di sini ditahan selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka ditahan polis selepas solat Isyak berjemaah malam ini. Pejabat Agama daerah Bagan Serai dalam satu kenyataan berkata, penahanan itu dibuat hasil rondaan dan pemantauan berterusan yang dilakukan oleh penguatkuasa agama bersama PDRM di sekitar Bagan Serai. "Seramai 13 org Jemaah ...
BALING- Penduduk daerah Baling dinasihati berjimat cermat menggunakan bantuan kerajaan yang akan disalurkan mulai April. Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Penduduk daerah Baling (Perkeba) Mohd Nazry Md Bidin ( gambar) bantuan berkenaan perlu digunakan mengikut keperluan penting sahaja. "Perkeba mengucapkan jutaan terima kasih di atas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam. Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat prihatin dengan masalah rakyat. ...
KUALA LUMPUR- Rakyat Malaysia diseru mengubah mentaliti seperti anggota tentera dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan. Pesanan itu dititipkan pemilik akaun Facebook bernama Razali Md Daud. "Wahai rakyat Malaysia, saya dengan rendah diri memohon untuk mengubah mentaliti untuk 30 hari..tak lama pun..untuk anda mempunyai mentaliti seperti kami. "Tentera darat boleh duduk dalam hutan atau ...
SUNGAI-PETANI- Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin siang tadi membuktikan kerajaan mengutamakan rakyat berbanding agenda lain. Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus (gambar)Â berkata, setiap pemberian kerajaan perlu disyukuri seluruh rakyat Malaysia. "Keperihatinan pemerintahan Tan Sri Mahyuddin terhadap rakyat amatlah disyukuri. Semoga ALLAH memberkati beliau dan barisan Kabinetnya. "Pentadbirannya lebih cekap, ...
KUPANG- Pematuhan rakyat terutamanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin baik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral ( B ) Najmi berkata, penduduk semakin mematuhi arahan berada dalam rumah sejak askar dan polis bekerjasama dalam PKP pada Ahad lalu. Menurutnya, kerjasama daripada penduduk diharap diteruskan sehingga 14 April depan. "Alhamdulillah, hari ini ...
GAZA- Tujuh kes baharu dijangkiti wabak COVID-19 direkodkan di bumi Gaza semalam menjadikan jumlah terkini di Palestin sebanyak sembilan kes. Aktivis Palestin, Omar Seyam berkata, kes terbaru itu diumumkan pihak kementerian kesihatan di Gaza. "Kesemuanya (dijangkiti) merupakan pegawai keselamatan yang pernah bertemu dengan dua pesakit Covid-19 sebelum ini,"katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya semalam. Gaza sebelum ini mencatatkan dua kes ...
MEGAT DEWA- Ahli Jawatan kuasa Surau Al Falah Pida 1 di sini bergotong royong membersihkan surau bagi mengelakkan pandemik COVID19, hari ini. Imam Surau Al Falah Pida 2, Shah Jaafar berkata, enam AJK surau berusia 50 tahun ke atas terlibat dalam gotong royong berkenaan. "Gotong royong bagi menyahkan COVID-19 ini pertama kali diadakan, ia akan diteruskan pada setiap minggu,"katanya kepada ...
ALOR SETAR-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menyifatkan rakyat bertuah mempunyai Perdana Menteri seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengerusinya, Datuk Mustafa Idrus berkata, sejak dari awal COVID-19 menyerang negara, Tan Sri Muhyiddin memberikan komitmen tinggi membantu rakyat. Menurutnya, beberapa inisiatif diumumkan beliau membuktikan kerajaan serius membantu rakyat tanpa mengira ideologi politik. "Baru-baru ini kerajaan memperuntukan dana sebanyak RM500 juta ...













