SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) mendesak kerajaan membatalkan konsert Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang akan diadakan pada 13 November ini. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, konsert yang akan diadakan mulai 8.30 malam Jumaat ini tidak wajar diadakan sama sekali. "Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah putuskan untuk menunda Piala Malaysia 2020 termasuk tidak Kerajaan juga tidak membenarkan ...
SHAH ALAM-Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada pihak yang dapat mendedahkan penjenayah yang mencemarkan di kawasan perindustrian di Taman Velox, Rawang. Pencemaran itu lapor Bernama menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang. Menteri Kementerian Alam sekitar dan Air (KASA) Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim berkata, pihaknya mendapati pencemaran itu berpunca Efluen industri yang berbau. ...
KOTA KINABALU- Runtuhan tanah setinggi 150 meter memusnahkan dua buah rumah di kawasan lereng bukit di Batu 18, Jalan Kimanis-Keningau dalam kejadian satu pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.51. Menurutnya, siasatan mendapati dua buah rumah tersebut tidak berpenghuni dan terdapat sejumlah rumah lain yang dibina di kawasan itu. ...
PUTRAJAYA- Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November 2020 di Parlimen merupakan belanjawan yang inklusif, prihatin dan cakna rakyat, khususnya golongan yang sangat terkesan akibat pandemik COVID-19. Menteri Perpaduan, Datuk Wira Halimah Mohamed Sadique (gambar) berkata, dengan tema Belanjawan 2021:Teguh Kita, Menang Bersama, agenda perpaduan juga tidak dipinggirkan. ...
BATU PAHAT- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengusir 28 kru bot nelayan Indonesia setelah menceroboh perairan negara pada kedudukan 14.8 batu nautika barat daya Tanjung Labuh semalam. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot berkenaan diusir pada jam lima petang setelah dikesan oleh Bot Benteng Zon Maritim Batu Pahat yang sedang melaksanakan Op Benteng dan ...
PUTRAJAYA- Malaysia telah meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal mengenai Bahan Penipis Lapisan Ozon di bawah Konvensyen Vienna bagi Perlindungan Lapisan Ozon. Menteri Alam Sekitar dan Air , Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, instrumen bagi ratifikasi ini telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berpusat di New York, Amerika Syarikat pada 21 Oktober 2020 melalui Kementerian Luar Negeri. ...
PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyambut baik dan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas pengumuman peruntukan RM935,421,200 kepada MOSTI untuk tahun 2021 melibatkan RM510,195,600 perbelanjaan mengurus dan RM425,225,600 bagi perbelanjaan pembangunan. Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, Belanjawan 2021 kali ini mengutamakan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat secara inklusif. Menurutnya, ia termasuklah dalam hal persediaan ...
KUALA LUMPUR- Belanjawan 2021 yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat petang tadi mengambil kira maklum balas 6,000 maklum balas rakyat kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, Belanjawan Tahun 2021 yang bernilai RM322.5 bilion yang dibentangkan di Parlimen hari ini merupakan penzahiran konsep Prihatin Rakyat yang didokong teguh oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Menurutnya, negara walaupun berada dalam situasi yang ...
KUALA LUMPUR-Menteri Besar Kedah, berterima kasih kepada Menteri Kewangan dan kerajaan Persekutuan kerana memberikan fokus kepada Kedah dalam Belanjawan 2021. Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bajet dibentangkan mencakupi semua perkara yang diperlukan rakyat. Menurutnya, ia menyediakan banyak insentif untuk memaju dan mengembangkan ekonomi Malaysia. Katanya, rakyat B40, wanita, golongan miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan yang terkesan dengan COVID-19 tidak ...
KUANTAN-Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dalam kejadian kira-kira 24 batu nautika Timur Kuantan pada jam 10.30 pagi semalam. Mangsa adalah nelayan tempatan, Muhammad Aminullah Azmi berusia 29 tahun masih belum ditemui. Pengarah Maritim Negeri Pahang, Datuk Amran Daud berkata, operasi Cari Alamat telah diaktifkan pada jam 10.50 pagi semalam dengan Bot Maritim Malaysia Kilat 50 yang sedang ...












