Suspek disyaki terlibat bunuh kejam akan dibawa ke Malaysia

Anggota badan manusia yang dikerat

 

MELAKA– Suspek warga Singapura yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam di Kampung Ladang Krubong Melaka ditahan polis di negara berkenaan, hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, penahanan itu dibuat dengan kerjasama polis Singapura.

Menurutnya, ia hasil maklumat risikanĀ  di sebuah rumah teres dua tingkat dipercayai milik mangsa di Taman Merdeka Jaya.

“Waran tangkap dipohon di hadapan Majistret Melaka dan usaha untuk membawa pulang suspek ke Malaysia sedang dijalankan

“Siasatan lanjut akan diteruskan setelah tahanan reman ke atas suspek diperolehi,”, katanya yang dipetik daripada Harian Metro, hari ini.

Semalam, rakyat digemparkan dengan laporan media berhubung penemuan beberapa bahagian mayat dalam semak oleh orang awam di kampung berkenaan.

Menurut polis, mayat berkenaan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian.

Artikel berkaitan

http://rentas7.com/mayat-dikerat-lapan-ditemukan/

Rentas7.com photo Harian Metro

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.