KUALA LUMPUR-Dua individu memakai gelang merah jambu dan berlegar di tapak pembinaan seperti yang tular di media sosial disahkan bukan disaring kerana kontak rapat. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua pekerja terbabit termasuk dalam 264 daripada 273 individu yang telah menjalani saringan surveillance (pemantauan) tapak bina. "Mereka berada di dalam kawasan tapak bina (rumah kongsi ...
PUTRAJAYA- Semalam telah berlangsung Majlis Khas Ketua Pengarah Penerangan, Puan Roselindawati Abdul Rahman bersama-sama Para Juara Pertandingan Kenegaraan 2020 secara maya. Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Kenegaraan 2020 secara dalam talian yang telah melibatkan seramai 10,311 penyertaan rakyat Malaysia. Sebanyak tujuh (7) pertandingan telah dilaksanakan yang menawarkan hadiah berbernilai RM47,200.00 dan pertandingan-pertandingan tersebut adalah: i. Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka ...
KUALA LUMPUR-Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering dikaitkan dengan calon Perdana Menteri hanya memiliki lapan peratus sokongan daripada responden, menurut laporan Emir Research. Berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mendapat 10 peratus sokongan. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula memperolehi enam peratus undian responden manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ...
SANDAKAN- Taktik lelaki tempatan bersama rakannya warga Filipina menyembunyikan muatan dadah dalam sebuah perahu kayu dikantoikan Pasukan Polis Marin (PPM). Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPN Sandakan DSP Rusdin Banin berkata, lelaki tempatan berusia 38 dan lelaki Filipina berusia 41 tahun itu memiliki dadah di perairan laut Tabangka, Sandakan. Menurutnya, pegawai dan anggota PPM yang sedang melakukan rondaan awal pagi tadi ...
KULIM- Takdir menentukan Shahir Samin dari Kampung Sungai Lunas di sini mengalami penyakit jantung seawal usia dua tahun. Kanak-kanak ini juga mempunyai masalah di saluran penafasan dan paru-paru. Penyakit dihadapi kanak-kanak ini memerlukan dia menerima rawatan di Hospital Kulim, Alor Setar dan Pulau Pinang. Pengerusi Persatuan Cina Muslim (MACMA) daerah Kulim, Muhamad Hadi Firdaus Ang berkata, kanak-kanak ini hanya bergantung ...
KUALA LUMPUR-Malaysia memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) hari ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjanjian itu dimaterai selepas perbincangan yang mengambil masa lapan tahun sejak tahun 2013. "Saya telah menyaksikan upacara pemeteraian perjanjian bersejarah itu yang ditandatangani oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas Sidang Kemuncak RCEP ke-4 secara maya. ...
KUALA LUMPUR- Tan Sri Annuar Musa menyoal pemimpin dalam barisan kerajaaan sama ada mahu memperkuatkan gabungan atau berpecah. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, jika mahu berjaya dan dipercayai, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mestilah bekerja dalam satu pasukan. Menurutnya, jika dahulu PAS, UMNO, Bersatu dan semua parti kompenan kerajaan hari ini dapat bermaufakat demi menolak Pakatan Harapan (PH), mengapa ...
LUMUT- Sebanyak 40 buah bot nelayan Indonesia menceroboh perairan negara pada kedudukan sekitar 28.5 hingga 30 batu nautika barat laut Pulau Jarak semalam. Kesemua bot itu bagaimanapun diusir keluar oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, kesemua bot tersebut milik nelayan Indonesia yang mempunyai empat orang awak-awak termasuk tekong bagi setiap bot. ...
ALOR SETAR-Moderator yang mengendalikan Wacana Rentas7 malam tadi memohon maaf kepada penonton kerana gagal mengendalikan siaran langsung itu dengan sempurna. Mohd Zukhi Ghazali berkata, rancangan itu ditamatkan lebih awal daripada yang dirancang selepas beliau gagal menahan ketawa ketika siaran masih berbaki. "Di hujung siaran langsung, saya diberikan krew bertugas untuk membaca puisi secara spontan. Muzik yang dibuka juga spontan. "Namun ...
KUALA LUMPUR-Persatuan Haiwan Malaysia atau Animal Malaysia memohon sumbangan orang ramai bagi membantu membayar kos pembedahan seekor kucing bernama Kiki. Persatuan itu kenyataan berkata, kucing berkenaan terpaksa dibedah kerana tidak dapat melahirkan anak secara normal. "Kucing jalanan bunting diberi nama Kiki oleh penyelamatnya kini selamat menjalani pembedahan 'Dystocial' atau kandungan tersangkut dalam perut dan tidak boleh melahirkan secara normal. "Kiki ...













