KASA tawarkan RM 5000, serahkan bukti pencemaran Perindustrian Taman Vevox

Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM-Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada pihak yang dapat mendedahkan penjenayah yang mencemarkan di kawasan perindustrian di Taman Velox, Rawang.

Pencemaran itu lapor Bernama menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang.

Menteri Kementerian Alam sekitar dan Air (KASA) Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim berkata, pihaknya mendapati pencemaran itu berpunca Efluen industri yang berbau.

“KASA ganjaran RM5000 kepada pihak yang menyalurkan maklumat dan bukti hingga tertangkap penjenayah pencemaran ini.

“Efluen industri yang berbau telah dilepaskan terus ke longkang, manakala sebahagian lagi dilepaskan secara haram ke dalam sistem pembetungan di Taman Velox, Rawang,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Seperti dilaporkan, Ketua Setiausaha Kementerian KASA, Datuk Seri Ir Zaini Ujang berkata, pihaknya telah mengenal pasti punca kejadian dan percaya pencemaran berkenaan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Gangguan bermula jam enam petang hari ini dilaporkan merangkumi 1,279 bagi kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.