Kiki perlu sumbangan bayar kos pembedahan

Kiki selamat jalani pembedahan

KUALA LUMPUR-Persatuan Haiwan Malaysia atau Animal Malaysia  memohon sumbangan orang ramai bagi membantu membayar kos pembedahan seekor kucing bernama Kiki.

Persatuan itu kenyataan berkata, kucing berkenaan terpaksa dibedah kerana tidak dapat melahirkan anak secara normal.

“Kucing jalanan bunting diberi nama Kiki oleh penyelamatnya kini selamat menjalani pembedahan ‘Dystocial’ atau kandungan tersangkut dalam perut dan tidak boleh melahirkan secara normal.

“Kiki yang diselamatkan oleh Puan Maszni Ithnin dari Skudai Johor dibedah disebuah vet dengan kos RM770.00 untuk selamatkan nyawanya mengeluarkan anak dalam kandungan dan sekali dengan pemandulan,”katanya hari ini.

Persatuan itu memaklumkan semua anak kucing yang tersangkut dalam kandungan itu mati.

“Kini Puan Maszni cuba mengumpulkan bayaran jumlah bil vet dan memerlukan bantuan sesiapa yang sudi untuk bersama ringankan beban rescuer (penyelamat) ini.

Kiki selepas menjalani pembedahan ‘Dystocial’.

“Animal Malaysia bercadang untuk cukupkan RM500.00 dan berikan kepada penyelamat kucing malang si Kiki ini untuk perbelanjaan menguruskan dan makan minum seterusnya,”katanya.

Pihak yang ingin membantu boleh disalurkan melalui no akaun 8604048212 ( CIMB Bank Berhad) atas nama Persatuan Haiwan Malaysia.

Rentas7.com/ Foto: Animal Malaysia

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.