Moderator gagal tahan ketawa, siaran langsung terpaksa ditamatkan

ALOR SETAR-Moderator yang mengendalikan Wacana Rentas7 malam tadi memohon maaf kepada penonton kerana gagal mengendalikan siaran langsung itu dengan sempurna.

Mohd Zukhi Ghazali  berkata, rancangan itu ditamatkan lebih awal daripada yang dirancang selepas beliau gagal menahan ketawa ketika siaran masih berbaki.

“Di hujung siaran langsung, saya diberikan krew bertugas untuk membaca puisi secara spontan. Muzik yang dibuka juga spontan.

“Namun ketika membaca puisi saya gagal menahan ketawa kerana berlaku sesuatu di sebalik tadbir. Saya dah cuba mengawal ketawa tapi tak mampu,”katanya hari ini.

Tindakan di luar jangkaan itu memaksa pengendali menamatkan segera siaran yang masih berlangsung.

Mohd Zukhi menjadi moderator bagi Wacana Rentas7.com bersama bekas banduan seumur hidup, Zakaria Man,64, yang dilancarkan melalui siaran langsung di Facebook.

Mohd Zukhi yang kesal dengan tindakan di luar kawalannya itu akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya memohon maaf kepada semua yang mengikuti siaran langsung itu.
Insya Allah saya akan lakukan yang terbaik pada siri akan datang.

“Mengendalikan siaran langsung bukanlah bidang saya, namun itu bukan alasan untuk gagal,”katanya.

Beliau juga memohon maaf kepada Rentas7 dan ahli panel, Zakaria Man kerana tidak dapat menyelesaikan tugasan dengan lancar seperti siaran-siaran sebelumnya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.