KUALA TERENGGANU-Gatal di bahagian tekak yang kemudian berlanjutan kepada sejuk dan panas dalam badan serta sakit kepala. Itu yang dilalui seorang individu yang positif COVID-19. Berkongsi kepada RENTAS7, individu yang ingin dikenali sebagai Ahmad itu memaklumkan dia positif selepas membuat ujian saringan di rumah ekoran kontak rapat kepada pesakit lain. "Mungkin ini virus jenis Omicron. Saya positif selepas tiga hari ...

ALOR SETAR-Jangan lepaskan peluang menyelami kisah perang Perang Musuh Bisik 1821-1842 dengan lebih dekat. Menerusi Pameran Perang Musuh Bisik 1821 -1421 yang diadakan di Muzium Kota Kuala Kedah, orang ramai boleh merasai keperitan orang Melayu Islam Kedah mempertahankan negeri sepanjang 21 tahun daripada ancaman dan serangan Siam. Pameran yang telah bermula pada 1 Mac 2022 itu akan berakhir pada 31 ...

KUALA LUMPUR-Setiap kali masuknya musim perayaan, masalah bekalan stok ayam mentah pasti akan berlaku. Ia kemudian melarat kepada kenaikan harga ayam yang akhirnya menguntungkan pihak tengah dan menekan rakyat terutamanya golongan B-40. Bagi memastikan isu berlaku diselesaikan segera, Ketua Penerangan Majlis Ekonomi Halal Malaysia, Datuk Mustaffa Idrus mencadangkan penubuhan Dana Waqaf Halal yang berperanan sebagai 'lead organiser' projek ternakan ayam ...

KUALA TERENGGANU -Jambatan Pulau Sekati di sini sepanjang 1.58 kilometer hanyut dibawa arus banjir. Menerusi video yang tular siang tadi, jambatan berkenaan telah dihanyutkan arus deras banjir. Jambatan merentasi Sungai Terengganu itu menghubungkan Kampung Teluk Pasu dengan Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati itu  hanya boleh dilalui oleh motosikal atau berjalan kaki sahaja. Ia turut menjadi tumpuan pelancong dalam dan ...

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menuntut campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perintah larangan ke atas buku "Gay is Okay' A Christian Perspective. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, buku berkenaan tidak wajar sama sekali berada dalam negara ini walaupun ia ditulis mengikut sudut pandang Kristian. "Menggunakan alasan perbezaan agama untuk benarkan ...

ALOR SETAR-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menyokong saranan Mufti Perlis supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mewajibkan orang ramai menandatangani surat pelepasan ganti bagi suntikan dos penggalak COVID-19. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, KKM perlu serius terhadap pandangan Dr Muhd Asri Zainul Abidin yang telah menyuarakan kebimbangan terhadap kesan negatif dos penggalak kepada rakyat. "PAMM mengikuti serius kebimbangan ...

KUALA LUMPUR-Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) berpandangan wujudnya pihak tengah yang mengawal harga dan bekalan barang run it setiap kali tibanya musim perayaan. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, isu sama setiap kali tibanya musim perayaan sepatutnya tidak berlaku. "Dari Zaman BN, PH hinggalah PN, isu ini tetap berlarutan. Jika mahu dikatakan bekalan kurang hingga berlakunya kenaikan bagi PAMM tidak ...

BALING –Pelbagai bahan artifak ditemui di daerah ini termasuk perahu Sagor berusia ratusan tahun oleh penduduk di Kampung Lela Kuala Pegang pada 2 Februari lalu. Justeru, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling, Kedah (PERKEBA) mencadangkan supaya sebuah muzium dibina di Baling. Yang Dipertua Perkeba, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, banyak bahan-bahan sejarah telah dijumpai di daerah ini dan sewajarnya sebuah muzium ...

SUNGAI PETANI-Peningkatan 10,089 kes positif COVID-19 di negara ini setakat semalam perlu dibendung sebelum mencecah lebih buruk. Pengerusi Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) , Datuk Mustaffa Idrus berkata, jika kes berterusan naik, rakyat akan dihimpit dengan tekanan mencari rezeki. Menurutnya, semua pihak perlu saling membantu menurunkan semula kes dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Bagaimanapun katanya, cukup-cukuplah ...

KUALA LUMPUR-Warga Patani di Malaysia yang mendirikan rumah tangga dengan penduduk tempatan masih menaruh harapan supaya pintu sempadan darat Malaysia-Thailand dibuka tahun ini. Ini kerana, mereka masih belum boleh pulang ke Thailand bersama pasangan ekoran pintu sempadan darat belum dibuka kepada rakyat Malaysia. "Susah untuk pulang tanpa suami dan anak warga Malaysia. "Maka kebanyakan rakyat Patani yang mempunyai talian perkahwinan ...