Bendung peningkatan kes COVID-19 sebelum buruk

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Peningkatan 10,089 kes positif COVID-19 di negara ini setakat semalam perlu dibendung sebelum mencecah lebih buruk.

Pengerusi Angkatan Masyarakat
Melayu Negeri Kedah (PAMM) , Datuk Mustaffa Idrus berkata, jika kes berterusan naik, rakyat akan dihimpit dengan tekanan mencari rezeki.

Menurutnya, semua pihak perlu saling membantu menurunkan semula kes dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, cukup-cukuplah rakyat ditekan untuk mengambil dos penggalak sedangkan banyak program yang dilakukan tanpa mengikut SOP bebas diadakan.

Katanya, rakyat sudah menurut perintah kerajaan supaya mengambil dua dos vaksin, tetapi peningkatan kes berlaku membuktikan perlunya solusi lain tanpa bergantung sepenuhnya kepada vaksin semata-mata.

“Dalam hal ini PAMM menuntut kerajaan untuk meletakkan kesalahan kes COVID-19 yang sedang naik mendadak di atas bahu rakyat semata-mata.

“Setelah vaksin gagal membendung sekali lagi penularan, kerajaan dituntut mencari kaedah lain yang berlandaskan agama Islam.

“Sudah tiba kerajaan mendengar pula suara-suara pendakwah yang bagi PAMM suara mereka sebelum ini dipinggirkan,”katanya.

Beliau berkata, PAMM yakin bahawa Malaysia boleh keluar dari penularan COVID-19 sekiranya kerajaan lebih terbuka mendengar pandangan dan kajian semua pihak dan tidak memfokuskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja.

“Negara kita mempunyai banyak pemikir, banyak universiti, pondok agama dan agensi. Jika semua kepakaran yang ada dalam negara ini digabungkan, saya yakin kita boleh mencari titik penyelesaian,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.