PAMM tuntut KKM tak abai suara Mufti

Datuk Mustaffa Idrus

ALOR SETAR-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menyokong saranan Mufti Perlis supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mewajibkan orang ramai menandatangani surat pelepasan ganti bagi suntikan dos penggalak COVID-19.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, KKM perlu serius terhadap pandangan Dr Muhd Asri Zainul Abidin yang telah menyuarakan kebimbangan terhadap kesan negatif dos penggalak kepada rakyat.

“PAMM mengikuti serius kebimbangan rakyat terhadap kesan buruk dos penggalak. Kami juga menyokong penuh kenyataan Mufti Perlis yang mencadangkan KKM supaya tidak wajibkan orang ramai menandatangani surat pelepasan ganti rugi bagi pengambilan suntikan dos penggalak.

“KKM jangan jadi bodoh dalam isu vaksin, jangan jadi kuda tunggangan mana-mana pihak hingga rakyat sendiri mahu diabaikan,”katanya.

Mustaffa berkata, KKM juga sewajarnya mengikut saranan Mufti Perlis supaya menghentikan sementara suntikan dos penggalak selepas ramai yang mendakwa mengalami kesan buruk.

“Jika sebelum ini guna suara Mufti untuk wajibkan rakyat ambil vaksin, tapi kini apakah KKM tak mahu dengar suara Mufti?

“Kami rakyat ada batas kesabaran. Jika anda sebagai kementerian tidak dapat memberikan jaminan tepat apakah vaksin dos penggalak selamat , maka jangan cabar kami.

“Jika benar vaksin selamat, tidak perlu rakyat diwajibkan tandatangan surat pelepasan ganti rugi. Kebodohan apakah yang berlaku sebenarnya?,”katanya.

Mustaffa berkata, rakyat yang mengalami kesan buruk selepas suntikan dos penggalak dinasihati tidak takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Anda anda hak untuk ambil atau tidak, jika ada siapa-siapa yang paksa anda ambil dos penggalak maka tampil dan buat laporan polis,”katanya.

Media tempatan pada 8 Januari lalu melaporkan Muhd Asri mencadangkan supaya penerima vaksin tidak perlu tandatangan surat yang menghalang ganti rugi.

Sebaliknya cadang beliau, KKM perlu memberikan jaminan bayaran pampasan jika berlaku kesan buruk kesihatan kepada penerima.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.