Jambatan Pulau Sekati hanyut

Jambatan itu hanyut menerusi video yang tular di media sosial

KUALA TERENGGANU -Jambatan Pulau Sekati di sini sepanjang 1.58 kilometer hanyut dibawa arus banjir.

Menerusi video yang tular siang tadi, jambatan berkenaan telah dihanyutkan arus deras banjir.

Jambatan merentasi Sungai Terengganu itu menghubungkan Kampung Teluk Pasu dengan Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati itu  hanya boleh dilalui oleh motosikal atau berjalan kaki sahaja.

Ia turut menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara sebelum ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.