KUALA KETIL- Pengacara Wacana RENTAS7, Mohd Zukhi Ghazali atau dikenali Master Key7 kembali ke layar kaca Facebook live pada Sabtu ini. Wacana RENTAS7 sepatutnya kembali pada September lalu selepas dua tahun ditangguh siarannya akibat COVID-19. Tetapi ia ditunda sekali lagi bulan lalu berikutan demam dialami Master Key7. Beliau bagaimapun boleh kembali mengacarakan Wacana RENTAS7 pada Sabtu ini dengan topik akan ...

  SUNGAI PETANI-Rakyat kini bingung, cemas, rimas, gelabah, resah, serabut dan takut dengan suasana politik yang berkocak dan kelam kabut. Pengerusi Perhubungan Awam Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, sikap pemimpin politik pada hari ini melampau, keras kepala, bongkak, berlagak dan sombong. "Seolah-olah mereka sangat kuat dan berkuasa kononnya mereka daripada parti politik paling kuat dan berpengaruh. ...

SUNGAI PETANI - Bajet 2023 dilihat tidak sampai ke sasaran secara keseluruhan dan mempunyai banyak kelompongan. Pengerusi Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, dalam erti kata lain bajet tahun depan disifatkan tidak menyelami masalah dasar. Menurutnya, antara kelompongan dapat dilihat ialah pada diskaun 50 peratus kepada vateran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pesara polis yang ...

KUALA LUMPUR - 'Menangis' Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sejurus tiada pembubaran Parlimen dibuat esok. Memetik laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah untuk membubarkan Dewan Rakyat ketika majlis menghadap di Istana Negara petang tadi. Sebaliknya, Bajet 2023 akan dibentangkan oleh ...

Laporan: Ilyas Salleh KUALA KETIL- Yayasan Amal Malaysia menyantuni dan membantu pesakit kencing manis di Kampung Guar Tinggi. Ia melibatkan usaha mendapatkan katil lebih selesa bagi memudahkannya untuk bergerak. Bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR) DUN Kuala Ketil, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah tampil menziarahi dan menyerahkan sendiri sumbangan kepada pesakit, kelmarin. Hamdan Shaari, 65, menerima sumbangan katil boleh ...

SUNGAI PETANI- Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah menuntut kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan tindakan pantas mencuci longkang, parit dan sungai sebagai persediaan menghadapi musim banjir yang diramal pada bulan ini hingga akhir tahun. Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, kelewatan mencuci sistem saliran dan perparitan akan memberikan impak buruk kepada penduduk ...

ALOR SETAR- Parti Warisan Negeri Kedah kesal dengan penganjuran konsert yang menyaksikan sekolompok anak muda menari terginja-ginja di dataran berhadapan Masjid Zahir Alor Setar. Pengerusi Perhubungan Parti Warisan Negeri Kedah, Dato' Fadhil Hanafi berkata, keadaan sedemikian tidak berlaku pada zaman kerajaan terdahulu sebaliknya berlaku pada pentadbiran hari ini. Menurutnya, konsert berkenaan mencemarkan kesucian Islam dan tidak sepatutnya mendapat kelulusan. "Saya ...

KUALA LUMPUR -Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa korban rusuhan penyokong Liga 1 Indonesia. "Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi rusuhan penonton selepas perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia, malam tadi,"kata FAM dalam satu kenyataan, hari ini. Rusuhan ...

SUNGAI PETANI-Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah menuntut kebajiksanaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah  Datuk Mustaffa Idrus berkata, YDPA diyakini dapat menyelesaikan isu tarikh PRU-15 yang kini didedak UMNO untuk diadakan segera. "Saya sebagai Pengerusi Biro Perhubungan Awam Parti ...

MERBOK-Penduduk Taman Lembah Permai Sungai Lalang di sini hidup dengan gangguan bekalan air bersih. Difahamkan, masalah itu berlarutan lama tanpa penyelesaian terbaik. Seorang penduduk berkata, masalah itu sudah 'makan tahun' dipercayai kerana penambahan taman-taman baru. "Air tempat kami ni ada, tetapi perlahan. Mungkin kerana tekanan air kurang. "Bila malam ramai yang pakai, jadi ada lorong perumahan yang langsung tidak dapat ...