Serah kebijaksanaan YDPA tentu tarikh PRU-15

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah menuntut kebajiksanaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah  Datuk Mustaffa Idrus berkata, YDPA diyakini dapat menyelesaikan isu tarikh PRU-15 yang kini didedak UMNO untuk diadakan segera.

“Saya sebagai Pengerusi Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah memohon kebijaksanaan KDYMM Tuanku Agong supaya tidak memperkenankan pembubaran parlimen dalam masa terdekat.

“Ini kerana negara akan menghadapi musim tengkujuh dan banjir besar,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Naib Pengerusi 1 Parti Warisan berkata, desakan UMNO untuk diadakan PRU-15 jelas tidak mementingkan nyawa rakyat .

“Jangan kelam kabut mengadakan pilihanraya. Kita masih ada masa sahingga tahun hadapan bulan Julai.

“Negara akan menghadapi bulan tengkujuh tidak lama lagi. PRU-15 tidak penting diadakan sekarang. Tahun depan tarikh yang sesuai,”katanya.

Mustaffa berkata, tarikh masa masih panjang untuk diadakan PRU-15 perlu digunakan semua parti politik untuk membantu rakyat dalam semua sudut.

“Masa masih panjang, sepatutnya waktu ini semua sudah faham dan utamakan rakyat. Bukan hanya pandai desak PRU.

“Negara kita mempunyai pelbagai masalah termasuklah ekonomi.

“Isu penting beginilah senua parti politik perlu duduk semeja dan berbincang untuk mencari penyelesaian. Rakyat wajib diutamakan,”katanya.

RENTAS7

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.