KUALA LUMPUR – ‘Menangis’ Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sejurus tiada pembubaran Parlimen dibuat esok.
Memetik laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah untuk membubarkan Dewan Rakyat ketika majlis menghadap di Istana Negara petang tadi.
Sebaliknya, Bajet 2023 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz seperti dijadual dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.
Sementara itu Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.
“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,”kata kenyataan itu di Facebook rasmi Istana Negara malam ini.
Zahid menjadi individu paling mendesak dan terdesak untuk PRU-15 diadakan segera.
Tetapi PRU-15 pada tahun ini tidak dipersetujui oleh Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan berikutan fasa peralihan monsun yang memungkinkan banjir besar seperti diramal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
RENTAS7 / FOTO: Facebook Zahid Hamidi








Leave a Reply