Ratusan penyokong Indonesia maut, FAM ucap takziah

127 penyokong termasuk kanak-kanak maut angkara penyokong merusuh

KUALA LUMPUR -Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa korban rusuhan penyokong Liga 1 Indonesia.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi rusuhan penonton selepas perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia, malam tadi,”kata FAM dalam satu kenyataan, hari ini.

Rusuhan penyokong selepas Arema FC tewas 3-2 kepada Persebaya Surabaya mengorbankan seramai 174 termasuk kanak-kanak.

Kejadian di Stadium Kanjuruhan Jawa Timur itu mencederakan sekurang-kurangnya 180 yang lain.

Sebelum itu, seramai 127 mangsa dikesan meninggal dunia.

Susulan tragedi, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengarahkan pihak berkuasa menyiasat tragedi berkenaan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.