Serikan wajah anda dengan berbekam

ALOR SETAR– Rawatan bekam bukan sahaja mampu mengatasi penyakit, malah sesuai menaikkan seri wajah seseorang.

Pengurus Pusat Rawatan Intrac Kuala Ketil, Mohd Izuwan Zaini,32, berkata, menaikkan seri wajah perlu dilakukan dengan rawatan bekam di bahagian wajah dengan disertakan dengan sedikit urutan sengkak wajah.

Menurutnya,  kaedah itu akan membuang toksin, sel darah mati serta kolestrol yang terdapat pada saluran darah .

“Rawatan bekam di bahagian muka boleh menghilangkan pelbagai jenis masalah seperti jerawat, resdung dan sebagainya, ia termasuklah mampu menaikkan seri wajah.

Mohd Izuwan sedang membuat rawatan bekam kepada salah seorang pesakit

“Pelanggan yang mengambil rawatan terdiri daripada lelaki dan perempuan, kebanyakan mereka yang membuat rawatan di sini datang dari serata pelusok Malaysia seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak, perlis dan lain-lain,”katanya.

Beliau berkata, selain daripada seri wajah, ramai daripada pelanggannya mengambil rawatan bekam bagi penyakit kronik.

“Telah ramai pesakit gaut,  strok, dan migrain sembuh selepas mengambil rawatan bekam ini.

“Tetapi bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Intrac, mereka akan diagnosa tahap penyakit terlebih dahulu,”katanya.

Mohd Izuwan berkata, pesakit juga akan diberikan konsultasi secara percuma tentang  penyakit yang ada pada diri mereka.

“Kami mempunyai beberapa kaedah diagnosa , antaranya dengan melihat tapak tangan pesakit, lidah, dan juga iridologi dengan menggunakan sistem berkomputer,”katanya.

Dalam pada itu, Mohd Izuwan berkata, Pusat Rawatan Intrac sering memberikan khidmat sosial rawatan secara percuma kepada asnaf yang memerlukan.

“Pihak kami melaksanakan program khidmat sosial itu secara bulanan, mana-mana pesakit yang tidak mampu untuk menanggung kos rawatan yang tinggi akan dipilih untuk dibantu,”katanya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan boleh menghubungi Izuwan di talian 018-2358556.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.