Dua guru agama Patani ditangkap tentera

PATANI-Warga pondok Pombing daerah Panarek di sini gempar dengan penangkapan seorang guru agama mereka, semalam.

Penahanan Ustaz Mukhtar Abdullah oleh sepasukan tentera kerajaan berlaku pada jam 3 petang waktu tempatan.

Turut ditahan guru agama sekolah tadika Melayu di Mukim Thanam Panarek iaitu ustaz Fauzi Omar.

Salah satu kereta dinaiki tentera Thai ketika menyerbu pondok.
Photo: Wartani/ Facebook

Fauzi Omar adalah adik ipar kepada ustaz Solaeh Nurdin yang cedera ditembak beberapa das tembakan di anggota badan ketika dalam perjalanan menunaikan solat Isya pada 30 Jun lalu.

MIN melaporkan serbuan berkenaan dibuat ketika para pelajar masih belum pulang.

Sejak konflik berdarah tercetus di selatan Thai pada 2004, guru-guru agama serta masyarakat muslim terus menjadi sasaran sama ada dibunuh atau ditahan.

Majoriti penduduk percaya tindakan itu dilakukan pihak yang mempunyai “kuasa”.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.