Rakyat Kedah tolak kandang babi

 

Laporan: Junaid Samad

KUALA LUMPUR -Tanpa berselindung PMX menyatakan hasrat mahu menjadikan Kedah sebagai kubu baharu Parti Keadilan Rakyat ( PKR), walhal hakikatnya parti itu tidak pun memiliki kubu yang benar-benar dominan di negara ini.

Keyakinan Datuk Seri Anwar itu entah berpaksikan kepada asas apa? Di Kedah, landskap politik memperlihatkan tiada parti yang mampu menandingi dominasi Perikatan Nasional yang jelas lebih menonjol dan tersusun.

Yang kelihatan aktif hanyalah kelompok cybertrooper bertaraf rendah yang sekadar menebalkan muka dan memeriahkan media sosial dengan retorik yang berulang-ulang.

Malah, sehingga ke satu tahap, mantan-mantan ADUN daripada kelompok parti PMX sendiri sudah beralih menjadi cybertrooper yang sekadar menjadi hiburan pada waktu malam atau siang, berbanding menawarkan solusi yang meyakinkan.

Namun demikian, keyakinan PMX merangkap Presiden PKR itu sendiri meletakkan rakyat Kedah dalam kebimbangan yang besar.

Mereka tidak lain dan tidak bukan bimbang Kedah akan menjadi sasaran pembukaan kandang babi sekiranya benar PN tewas dan terciduk pada PRU16, sekali gus membuka ruang kepada pembukaan kandang babi mega seperti mana yang mahu dilaksanakan di Selangor, namun mujur tidak diteruskan selepas mendapat perhatian pihak istana negeri.

Kedah mempunyai tanah subur yang luas untuk kegunaan pertanian serta saliran sumber air bersih yang sangat menguntungkan penternak babi.

Lokasi-lokasi seperti ini menjadi idaman dan buruan penternak babi, manakala macai politik serta pemimpin yang tidak berprinsip hanya menunggu masa untuk mengaut keuntungan.

Penyokong setia kerajaan sendiri di Kedah juga boleh menjadi mangsa pencemaran dan ancaman virus bawaan babi sekiranya penternakan tersebut beralih ke utara.

Meskipun kerajaan boleh menafikan, kecenderungan itu dikatakan wujud sebagaimana penternakan babi komersial yang terdapat di beberapa negeri lain.

Statistik menunjukkan Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor dan Melaka merupakan antara negeri yang mempunyai ladang babi komersial.

Setelah dua penggal mentadbir Kedah, PAS-PN membuktikan mereka pilihan terbaik kepada rakyat, sekiranya tidak mahu kandang babi dibuka di Kedah.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.