Benteng laut negara diperkukuh, APMM uji meriam

Kru kapal sedang melakukan latihan penembakan Meriam Oerlikon 20MM

JOHOR BAHRU– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan ujian penembakan senjata utama Meriam Oerlikon 20MM di perairan Johor Barat baru-baru ini.

Latihan membabitkan Kapal Maritim Negeri Johor (MN Johor) iaitu KM Nipah dan KM Sibuan.

Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, latihan bertujuan menguji senjata utama serta tahap kesiapsagaannya.

Menurutnya, tahap kemahiran kru dalam tata cara pengendalian termasuk perintah dan kawalan serta pengendalian secara manual meriam tersebut.

“Dengan adanya ujian ini, Maritim Malaysia menerusi MN Johor mengharapkan tahap keupayaan senjata utama dan kru kapal sentiasa dalam keadaan baik dan terbaik,” katanya.

Ujian penembakan itu diketuai Pegawai Pengendali Eksesais, Komander Maritim Simon Templer Lo AK Tusa.

Turut serta wakil-wakil Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas) dan kru kapal KM Nipah dan KM Sibuan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.