Anjing dibuli jadi harimau..

Anjing berkenaan diwarnakan menyerupai seekor harimau

KUALA LUMPUR– Seekor anjing diwarnakan sehingga menyerupai seekor harimau oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi gambar disiarkan di halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia menunjukkan badan haiwan itu diwarnakan oren dan hitam.

Berikutan itu, persatuan berkenaan sedang mencari tuan kepada haiwan tersebut dan lokasi kejadian.

“Hadiah misteri menanti kepada pemberi maklumat lengkap jika ianya dalam negara ini,”kata kenyataan itu malam ini.

Sekalipun kelihatan lucu, gambar berkenaan menerima simpati dan rasa marah warganet.

Salah satu gambar dipaparkan menunjukkan anjing berkenan seolah-olah dalam keadaan “kesedihan” akibat diperlukan demikian.

Pengguna Facebook, Azwa Aris berkata, anjing berkenaan mungkin ditembak oleh pihak yang menyangkanya harimau.

“Kesian. Dah lah di cat warna raja rimba dari jauh orang akan ingat harimau nanti tak pasal-pasal mati kena tembak sebab orang ingat harimau terlepas,”tulisnya di ruangan komen.

Ara Sarah pula menyifatkan pelaku yang menzalimi anjing berkenaan lebih hina daripada haiwan.

“Mentang-mentang anjing tu haiwan, suka hati je nak buat mcm tu. Apa salah dan dosa anjing tu, manusia sekarang lebih hina dari binatang,”katanya.

“Semakin maju negara, semakin ramai manusia mnjadi bodoh. Menyiksa binatang seperti alat permainan, kesian anjing tu,”tulis seorang lagi bernama Azrul Hisham.

Gambar yang menunjukkan anjing berkenan seolah-olah dalam keadaan kesedihan

Selain itu, ada netizen yang merasakan kejadian itu berlaku di luar negara.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Whatsapp Hotline Animal Malaysia +601120901097

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.