Belia didedahkan dunia perniagaan dalam talian

Para peserta yang terlibat dalam kursus berkenaan

ALOR SETAR-Seramai 40 belia  menyertai kursus berniaga secara dalam talian (online) di Dewan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sungai Limau semalam.

Kursus dianjurkan secara percuma oleh PKWR Sungai Limau itu bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang.

Para peserta yang terdiri daripada lelaki dan wanita diajar kaedah berniaga menggunakan aplikasi Facebook ads, Shoppe dan Lazada.

Peserta kusyuk mengikuti kursus

Kursus berkenaan disampaikan usahawan berjaya dari Baling, Mohd Zaid Ab Mokti dan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat.

Peserta wanita sedang menyiapkan tugasan diberi

Abd Samat dalam ucapannya berharap kursus dianjurkan itu dapat membantu para belia di kawasannya berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

Menurutnya, program seumpama itu akan diteruskan pada siri datang bagi menambahkan lagi kefahaman peserta dalam bidang tersebut.

Mohd Zaid sedang mendengar respon daripada salah seoarang peserta

Sementara itu, Mohd Zaid berkata, perkembangan dunia pada masa kini menuntut setaip individu berniaga secara dalam talian.

Menurutnya, mahu atau tidak seluruh dunia sedang menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 dan ia menuntut setiap individu terutamanya anak muda menguasai dunia online.

Mohd Zaid menyampaikan hadiah kepada peserta di slot akhir program

Keseluruhan peserta amat berpuas hati dengan penganjuran program dan berterima kasih kepada pihak penganjur di atas usaha yang dibuat.

Mereka berminat menganjurkan program yang sama boleh hubungi Mohd Zaid di talian 010-3178047.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.