Berjaya tukar Speaker, tiada istilah pintu belakang

KUALA LUMPUR-Kejayaan melulus usul menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan 111 menyokong berbanding 109 menentang membuktikan Perikatan Nasional (PN) bukan kerajaan pintu belakang.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kejayaan usul ini sekaligus merupakan satu simbolik bahawa Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk meneruskan pentadbiran.

“Tiada lagi istilah kerajaan pintu belakang. Tidak perlu lagi mempertikaikan keabsahan kerajaan ini.

“Paling penting, terima kasih Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff yang bertindak cukup professional dalam memberikan laluan kepada usul ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Mohamad Ariff juga memberikan ruang kepada Timbalan Speaker untuk mengendalikan usul memandangkan beliau menjadi pihak yang berkepentingan.

“Ini contoh seorang yang professional. Saya fikir, individu sebegini boleh diberikan kepercayaan untuk memikul amanah penting yang lain,”katanya.

Undi menukar Speaker pada sidang Parlimen tadi menyaksikan kerajaan mendapat lebih dua undi berbanding pembangkang manakala dua lagi Ahli Parlimen tidak hadir dan berkecuali.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.