Remaja lahir anak ayah sendiri

NARATHIWAT– Seorang bayi baru lahir (gambar) ditemui di kawasan semak oleh penduduk di sebuah kampung dalam daerah Chanek di sini, pagi tadi.

Media tempatan melaporkan bayi tersebut dilahirkan seorang remaja berusia 15 tahun akibat dirogol bapa sendiri.

Perkara itu terbongkar selepas penduduk menyoal siasat seorang remaja perempuan di kampung berkenaan.

Menurut seorang penduduk enggan dikenali, ayah kepada remaja terbabit telah bercerai dengan isterinya.

“Remaja itu tinggal bersama ayahnya yang juga seorang penagih dadah dan kaki minum arak.

“Kesian kepada remaja itu kerana terpaksa menanggung akibat daripada masalah orang tuanya,”katanya.

Orang ramai mengerumuni kawasan bayi tersebut ditemui

Katanya, penduduk tidak menyangka perkara seumpama itu boleh berlaku di kampung mereka.

Remaja dan anaknya itu kini dirawat di sebuah hospital di Chanek manakala ayahnya belum ditahan kerana polis belum menerima sebarang laporan.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.