Menteri Agama santuni penduduk memerlukan

BALING– Seramai 274 penduduk DUN Kupang menerima bantuan Musa’adah COVID-19 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kuang hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, ia melibatkan golongan B-40 yang hanya bekerja kampung.

Menurutnya, pendapatan mereka terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

“Kebanyakan penerima adalah penoreh getah, petani dan mengambil upah kampung dengan kadar tidak seberapa,” katanya selepas program penyampaian sumbangan hari ini.

Beliau yang juga Exco Agama Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah berkata, pendapatan mereka terjejas apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP dan PKPB bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Dr. Zulkifli tiga kiri manakala Najmi dua kiri dalam majlis sumbangan kepada golongan B-40 hari ini

“Justeru atas keprihatinan kerajaan, golongan ini dibantu melalui bantuan Musa’adah di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya.

Terdahulu, Najmi mengiringi Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada penduduk.

Turut hadir, ADUN Bayu, Abd Nasir Idris dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Aziz Abd Rahim.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.