ALOR SETAR– Jelajah Mandat Rakyat di Dataran Stargate pada 6 Mac merupakan salah satu usaha Pakatan Harapan (PH) mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, timbul persoalan apakah siri ceramah berkenaan tidak mendapat sokongan wakil rakyat PH sendiri?
Ia ekoran ketiadaan ADUN Lunas daripada PKR yang tidak hadir dalam program tersebut sedangkan gambarnya terpampang jelas dalam kain rentang program.
Seorang lelaki Cina, Ricky Kock Seng yang hadir dalam ceramah berkenaan turut berasa ada sesuatu tidak kena dalam kem PH.
Dalam Facebooknya, dia juga menyatakan rasa hairan bagaimana kerajaan Kedah masih boleh ditadbir oleh PH dan Bersatu.
Sebelum ini timbul desas desus tiga wakil rakyat PKR Kedah merupakan pro kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Di peringkat nasional, Bersatu telah memutuskan untuk keluar daripada PH.
Di Kedah situasinya berbeza apabila Menteri Besar daripada Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil pendirian untuk tidak mahu bersama PN.
Rentas7.com
2