Tak perlu insurans, Thai Pass masuk Thailand

KUALA LUMPUR-Pelancong tidak lagi diwajibkan mengambil insurans perubatan untuk masuk ke Thailand berkuat kuasa 1 Julai ini.

Kelonggaran daripada kerajaan Thailand itu dibuat sebagai satu usaha menarik lebih ramai pelancong luar ke negara itu.

Menurut rekod Thailand, pelancong Malaysia mendahului senarai paling ramai masuk ke negara itu setakat ini.

Thailand pada pasca COVID-19 telah mewajibkan pelancong mengambil insuran perubatan sebaik pintu sempadan negara itu dibuka kepada ramai.

Kerajaan Thailand turut menarik balik peraturan mendaftar di Thailand Pass berkuat kuasa tarikh yang sama.

Insuran perubatan mempunyai pelbagai jenis harga dan paling murah berharga RM30 untuk seminggu dan RM60 ke atas untuk sebulan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.